Lawak : IsTeRiKu LiZa

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

Lawak : CaRa BiBiK JaWaB TeLeFoN

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

Lawak : InA YaNg Ku SaYaNg

"Abg... tolong datang umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecil dia sudah main bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~