1.0 Pengenalan web 2.0
Web 2.0 adalah sebuah aplikasi yang berlatarbelakangkan web yang memungkinkan penggunanya untuk merancang dan mengatur sebuah laman web meskipun dengan pengalaman aturcara (programming) yang amat minimum. Dengan kata lain, kedatangan konsep web 2.0 ini telah mengubah pandangan masyarakat tentang cara pembuatan dan cara kerja sesebuah laman web. Sistem aturcara laman web zaman dahulu dianggap susah, seperti PHP, ASP dan HTML, tetapi sekarang telah disenangkan dengan kehadiran web 2.0. web 2.0 ini memungkinkan pengguna yang benar-benar tiada basic dalam bidang pengaturcaraan untuk membuat sebuah laman web yang menarik.
Selain itu, cirri web 2.0 yang palaing menonjol ialah dengan adanya perhubungan dua hala antara pemilik dan pengguna. Sebelum ini, web 1.0 hanya mengutamakan interaksi satu hala iaitu kepentinganan satu pihak, tetapi web 2.0 membolehkan pengguna dapat log in(masuk) ke dalam jaringan (sistem) untuk membentuk jaringan (network) sosial di dalam internet.
Terdapat beberapa contoh laman web yang menggunakan aplikasi web 2.0 seperti Youtube.com , Friendster.com, wordpress.com, blogger.com, Myspace.com dan Facebook.com.
Sumber : http://www.seo-id.com/apa-itu-web-20.html
1. Servis
Web 2.0 memberikan penggunanya penggunaan yang efektif tetapi dengan kadar yang murah berbanding dengan media konvensional yang umumya agak mahal. Web 2.0 merupakan media yang bersifat low budget high impact iaitu memberikan servis yang besar dan menarik tetapi jimat.
2. kawalan (Control)
pengawalan unik web 2.0 menjadikan kandungan yang dpt dipaparkan oleh web 2.0 semakin byk dan menarik, seiring dengan bertambahnya jumlah pengguna. Jika dahulu, pengguna hanya dapat menjadi pembaca, dengan konsep web 2.0 pengguna dapat menjadi pembaca dan penulis serta mengawal sesuatu web 2.0 itu. Dengan kata lain, web 2.0 memberikan servis dua hala kepada penggunanya.
3. Kepercayaan (trust)
Dalam hal ini telah terbina satu kepercayaan di antara seorang pengguna dengan pembina, di samping itu pengguna dengan pembina sesebuah laman web ini boleh berinteraksi sesama sendiri tanpa perlu mengenal antara satu dengan yang lain, dengan latar budaya yang berbeza bahkan negara yang berbeza.
4. Kepandaian kolektif
Kelebihan web 2.0 adalah memanfaatkan kepandaian secara kolektif. Aktivit ang dilakukan pengguna membuat website bergembang dengan pesat seperti artikel-artikel yang terus bertambah setiap hari seperti di laman web Wikipedia ataupun seperti di website lelongan maya E-bay yang menciptakan lelongan maya dengan adanya pengguna sebagai pembeli dan penjual.
5. Aras software
Web 2.0 merupakan sebuah servis terintegrasi berbagai gadget seperti telefon bimbit, PC, ataupun server internet.
6. Kemudahan
Dalam pelbagai perkara, penggunaan Web 2.0 dapat memberikan kemudahan yang mencakupi beberapa hal seperti user interface, model programming, mahupun modal bagi sesebuah perniagaan.
3.0 Kegunaan web 2.0 di dalam pembangunan blog
laman-laman web ini memberi gambaran apakah itu web 2.0 sebenarnya.sebagai contoh:-
Youtube.com
Menggunakan aplikasi ini, seseorang pengguna internet tidak perlu mengeluarkan belanja edikit pun bagi mendapatkan video di dalamnya. Mereka mudah mncapai setiap video yang mereka inginkan tanpa perlu membeli saluran yang mampu menampung puluhan fail video yang mempunyai kapasiti yang besar.
Facebook.com
Merupakan jaringan laman sosial yang menjadi salah laman sosial paling popular di dunia. Konsep yang terdapat dalam Facebook yang mudah dicapai oleh semua pelayar laman sesawang berkenaan bagi berinteraksi, berkenalan, berbual, dan bermain permainan secara online. Laman sosial ini mendapat sambutan terbaik oleh semua pengguna internet di seluruh dunia.
Blogger.com
Blogger berkembang dengan pesat semasa perkembangan web 2.0. Content Management System amat menarik dan caggih, tetapi amat mudah dan menyenangkan pengguna.
4.0 Perbezaan web 2.0 berbanding web 1.0
Terdapat beberapa perbezaan yang dapat dilihat antara Web 1.0 dengan Web 2.0. perbezan itu dilihat dari segi kepenggunaan fungsi dan juga milikan pengguna. Hal ini bermaksud Web 2.0 merupakan satu ruang yang interaktif, dinamik dan juga fleksibel untuk digunakan oleh seluruh pengguna dan boleh disesuaikan mengikut kehendak dan juga idea mereka seiring dengan fungsi yang pelbagai yang terdapat dalam Web 2.0 tersebut. Perkara ini secara tidak langsung melibatkan seorang pengguna mahupun pelayar sesebuah laman web itu sebagai pengunjung malahan sebagai pemilik kepada Web 2.0 tersebut. Web 2.0 ini juga bersifat mesra pengguna kerana setiap pengguna berupaya untuk mendapatkan setiap perkara yang dilihat dalam laman tersebut.
Dalam web 1.0 pula, penggunjung hanya membaca artikel pada website, dalam web 2.0, penggunjung juga boleh menjadi subscriber dan contributor. Juga termasuk platform photo-sharing seperti Flickr dan video-sharing seperti YouTube, Google Video. Dalam web 1.0 juga selalunya tidak berapa user-friendly, Web 2.0 sites memudahkan sesiapa saja.
5.0 Apakah sumbangan web 2.0 dalam pembangunan blog??.
Hari ini kita lihat penggunaan blog semakin menjadi trend mahupun tempat untuk seseorang meluahkan isi hati ataupun sebarang perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian. Blog merupakan sati ciptaan yang telah berjaya menarik perhatian netters bagi menyampaikan maklumat secara peribadi dan secara tidak official. Perkara ini adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diambil perhatian untuk kegunaan bersama dan mampu memberikan impak yang besar kepada sesuatu perkara. Web 2.0 merupakan rangkaian yang membolehkan setiap manusia berhubung dan memanjangkan jaringan sosial mereka antara satu sama lain. Terdapat pelbagai laman web yang terhasil daripada Web 2.0 ini. Seperti Facebook, Youtube, MySpace dan sebagainya termasuk Blog.
Seperti yang telah dinyatakan, Web 2.0 berbeza dengan Web 1.0 kerana Web 2.0 mengalakkan komunikasi dua hala iaitu pembangun sesebuah laman web dan juga pengguna. Ciri yang terdapat dalam Web 2.0 mengamalkan sikap keterbukaan iaitu interaksi dengan pelbagai pihak. Sumbangannya yang didapati daripada Web 2.0 dalam pembangunan Blog ini ialah penggunaan pelbagai aplikasi dalam pembangunan blog tersebut. Selain itu juga, dalam blog seseorang blogawan boleh menulis sebarang catatan dan kemudiannya dikomen oleh pembaca mahupun pengunjung blog tersebut. Melaluinya, pengunjung dan blogawan boleh berinteraksi antara satu dengan yang lain.
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~
No comments:
Post a Comment