Home » » Ulama cadang haram penyanyi dangdut seksi — Harian Metro Online

Ulama cadang haram penyanyi dangdut seksi — Harian Metro Online


JAKARTA: Sebuah cawangan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bercadang mengharamkan penyanyi dangdut sensasi termasuk Inul Daratistam, Dewi Persik dan Julia Perez daripada mengadakan sebarang persembahan, dalam apa yang disifatkan sebagai langkah ke arah menjaga akhlak rakyat.

Tindakan ini menyusul pengharaman yang dilakukan MUI cawangan Sumatera Selatan, sebuah institusi ulama yang ditubuhkan bekas presiden Suharto. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa sebenar, manakala yang dikeluarkan biasanya tidak dipedulikan.

Selain Inul, Dewi dan Julia, Setiausaha Agung MUI cawangan Jawa Barat, Rafani Achyar berkata pihaknya mahu mengharamkan persembahan Anisar Bahar, Uut Permatasari, Ira Swara, dan kumpulan Trio Macan.
Beliau berkata tindakan diambil ke atas perbuatan penyanyi itu, bukan terhadap muzik penyanyi itu sendiri.

“Alasan seni tidak boleh digunakan untuk membenarkan kelakuan tidak bermoral seseorang penyanyi. Seni adalah sesuatu yang indah dan bukan untuk mewujudkan kekecohan atau jenayah. Wanita boleh bekerja mencari sara hidup tetapi mereka tidak boleh mengorbankan perkara yang berkaitan dengan akhlak,” katanya.
Sementara itu, Julia Perez berkata dia berasa kecewa dengan langkah MUI untuk mengaramkan penyanyi dangdut erotik termasuk dirinya.

“Saya tidak memusnahkan moral sesiapa. Jika saya dianggap seksi saya mohon maaf tetapi saya bukan pembawa masalah, saya juga tidak menyebarkan fahaman baru,” katanya.

Julia berharap dia dapat bertemu dengan jawatankuasa MUI Jawa Barat bagi membincangkan pendirian pertubuhan itu selain menyatakan bahawa senarai lapan penyanyi dangdut yang dinyatakan sudah ‘ketinggalan zaman’.
“Trio Macan sudah dibubarkan sedangkan Ira Swara sentiasa berpakaian sopan,” katanya.
Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe percaya, tindakan MUI ditujukan kepada penyanyi lagu rancak dan gerak tarian lincah di pentas.

“Adakah saya patut menari perlahan ketika menyanyikan lagu ‘Belah Duren? (Belah Durian),” katanya. – Agensi
INFO: Dangdut
Dangdut adalah sejenis muzik popular Indonesia yang sebahagiannya diciplak daripada muzik Melayu, Arab dan Hindustan serta mula diminati pada 1970-an sebelum popular lewat 1990-an.

Satu kugiran dangdut biasanya dianggotai seorang penyanyi utama, lelaki atau wanita serta dibantu empat hingga lapan pemuzik lain.
Kebanyakan bandar utama Indonesia khususnya di Jawa menjadi lokasi persembahan nyanyian dangdut beberapa kali seminggu dan ada penyanyinya muncul di televisyen.
Bermula pada 2003, ada ahli pemuzik dangdut menjadi fokus kontroversi di khususnya Inul Daratista menerusi teknik ‘goyang gerudi’ hingga ada ulama menggelar persembahannya satu bentuk pornografi.

Bantahan terbuka diadakan menuntut Inul diharamkan daripada muncul di televisyen dan satu rang undang-undang diluluskan pada 2008 oleh Dewan Permesyuaratan Rakyat mentakrifkan pornografi.

Sumber : http://www.harian-metro-online.com/ulama-cadang-haram-penyanyi-dangdut-seksi





*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

No comments:

Post a Comment