
Seorang imam telah terserempak dengan 3 orang pemuda yang dok melepak semasa beliau hendak pergi ke Surau. Lalu beliau pun menegur mereka
Tok Imam: Assalammualaikum. Kamu bertiga mari ke surau kita berjemaah solat Zohor. Sempena Bulan Ramadhan ni elok lah kita berjemaah. Lagi berkat.
Ali: Waalaikumsalam imam. Errr…takpe lah imam. Kami ni malas skit kalu nak ke surau. Maklumlah penat berpuasa.
Abu & Ahmad: a;ah, betul tok imam. Letih la.
Selepas mendengar alas an tersebut, tok imam cuba memujuk mereka.
Tok Imam: kalu kamu bertiga boleh solat berjemaah dengan aku. Aku akan izin kan salah seorang daripada kamu menjadi suami kepada anakku Salmah.
Selepas mendengar offer daripada tok imam tersebut, apa lagi mereka terus bersetuju. Takkan mereka hendak melepaskan peluang berkahwin ngan Salmah, gadis yang paling cantik dan ayu dikampung mereka. Lalu bertolaklah mereka berempat ke surau.
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~