Home » » Lawak : 3 JeJaKa~

Lawak : 3 JeJaKa~


Seorang imam telah terserempak dengan 3 orang pemuda yang dok melepak semasa beliau hendak pergi ke Surau. Lalu beliau pun menegur mereka

Tok Imam: Assalammualaikum. Kamu bertiga mari ke surau kita berjemaah solat Zohor. Sempena Bulan Ramadhan ni elok lah kita berjemaah. Lagi berkat.

Ali: Waalaikumsalam imam. Errr…takpe lah imam. Kami ni malas skit kalu nak ke surau. Maklumlah penat berpuasa.

Abu & Ahmad: a;ah, betul tok imam. Letih la.

Selepas mendengar alas an tersebut, tok imam cuba memujuk mereka.

Tok Imam: kalu kamu bertiga boleh solat berjemaah dengan aku. Aku akan izin kan salah seorang daripada kamu menjadi suami kepada anakku Salmah.

Selepas mendengar offer daripada tok imam tersebut, apa lagi mereka terus bersetuju. Takkan mereka hendak melepaskan peluang berkahwin ngan Salmah, gadis yang paling cantik dan ayu dikampung mereka. Lalu bertolaklah mereka berempat ke surau.

Disurau ketika sedang membetulkan saf barisan, tok imam tersebut menyuruh Ali Azan.

Apabila Ali azan tok imam terus menampar pemuda tersebut.

Ali: kenapa tok imam tampar saya? Suara saya tak sedap ke azan?

Tok Imam: suara tak sedap kepala hotak ang. Aku suruh azan bukan suruh takbir raya.

Lalu ketawalah Abu & Ahmad kerana kejahilan Ali. Azan kemudian diteruskan dengan lancarnya oleh Ahmad.

Apabila imam mula mengangkat takbir pertama, imam tidak kusyuk lalu beliau mengangkat takbir kali kedua dan perkara berulang lagi. Apabila imam ingin mengangkat takbir kali ke-4, Abu menegur tok imam dan menawarkan diri menjadi imam. Tok imam pun bersetuju.
Apabila Abu tersebut mengangkat takbir je terus toleh ke belakang memandang tok imam.

Abu: tok tengok, saya angkat takbir sekali jek. Bukan macam tok banyak2 kali.

Pang!! Seorang lagi terkena penampar jepun dari tok imam. Marah lah amat tok imam pada mereka yang begitu jahil tentang solat.
Oleh kerana perasan muka tok imam telah merah padam menahan marah, Ahmad menawar kan diri supaya menjadi imam. Oleh kerana sudah lewat tok imam membenarkan Ahmad menjadi imam.
Tanpa tak disangka Ahmad menjadi imam cukup baik. Samaada dari segi tertibnya mahupun bacaannya. Selepas selesai membaca doa tok imam memuji Ahmad.

Tok Imam: tak ku sangka rupa-rupanya ang boleh menjadi imam yang baik sekali. Ang mmg sesuai menjadi calon menantu aku.

Lalu Ahmad menjadi riak dan bangga dengan pujian tok imam.

Ahmad: Biasa lah tok. Itu belum ambik wudu’ lagi. Kalu dah ambik wudu’ lagi saya hebat tok.

Selepas mendengar apa yang ahmad kata Tok Imam terus pengsan dan tidak bangun2 terus.






*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~

No comments:

Post a Comment