Arini atok nk cite pasai katun animasi zaman2 atok kecik duluu....Usop Sontorian....sape tau katun nih??...hehehe....katun usop sontorian ni mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor.usop tinggal bersama ibu bapanya, seorang kakak dan seorang abang. usop merupakan anak bongsu dalam keluarganya. kakak usop suka menyuruh usop pergi ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya selalu menjadi mangsa kerana terpaksa berbasikal keliling kampung untuk mencari usop apabia disuruh ibunya kerana merisaukan usop yang selalu bermain dengan kawannya hingga xingat nk balik rumah. Kawan-kawan sekampung usop ialah Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan singh. usop jugak ada mempunyai seekor Ayam yang bernama Selebet. cerite usop sontorian ini selain menghiburkan terdapat juga nasihat2 yang berguna untuk diteladani.....
Usop Sontorian ini mula ditayangkan bermula Januari 1996 oleh RTM. Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain.
Usop Sontorian juga dijadikan siri bagi buku kisah teladan untuk kanak-kanak dengan pelbagai judul seperti Sayang Selebet, Balasan Si Pembohong, Jasa Si tempang, Ah Kim dengan seekor semut, Akibat malas dan lain-lain tajuk lagi.
Usop Sontorian telah mencipta sejarahnya yang tersendiri dengan menjadi siri animasi pertama di tv Malaysia dan mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia ( Hiroshima ) pada Jun 1996. Kini, Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng.
sumber (google, blog akujohan.blogspot.com)
*Jika anda menyukai Entry ini, silalah klik 'LIKE' dan 'SHARE' button untuk dikongsi bersama rakan anda di FaceBook~
No comments:
Post a Comment